Pernahkah anda mempunyai simpanan yang terbiar didalam mana-mana akaun simpanan/semasa/tetap di institusi kewangan dalam Malaysia selama lebih dari 7 tahun? Ini kerana jika simpanan itu terbiar tanpa apa-apa transaksi selama 7 tahun keatas, ia akan diklasifikasikan sebagai 'Wang Tidak di Tuntut' dan wang tersebut akan di pindahkan kepada akaun pendaftar Wang Tidak Dituntut (Jabatan Akauntan Negara). Wang ini akan dipegang oleh pihak kerajaan sehingga pemilik sah wang tersebut tampil untuk membuat tuntutan. Sampai satu tahap wang ini akan digunakan kembali kepada perkara yang bermanfaat kepada rakyat.
Bermula Disember 2010, rakyat Malaysia kini telah boleh membuat semakan samada mereka atau ahli keluarga atau perniagaan mereka mempunyai wang yang tidak dituntut ini dengan cara yang mudah. Anda cuma perlu pergi kelaman web UMACA dan masukkan nama atau nombor kad pengenalan dan sistem UMACA akan membuat semakan.
No comments:
Post a Comment