Monday, March 10, 2014

Pokok Frangipani


Saya memang menggemari pokok frangipani sejak dulu lagi. Untuk pengetahuan pembaca saya memang mempunyai hobi menanam dan memelihara pokok terutamanya pokok bunga dan hiasan. Pokok buah pun minat juga tetapi mungkin belum sampai tahap tu lagi. Pada bulan jun tahun lepas saya ada la beli sepokok frangipani dari sebuah nurseri di tanjung malim. Mulanya pokok frangipani tu saya letak dalam polybag kat depan rumah tu je. Selepas sebulan barulah transfer pokok tu kat tanah.. Alhamdulillah pokok ni senang je hidup dan senang nak jaga, cuma siram kan air dan bagi baja dua minggu sekali kalau nak dia subur. Mula2 tu dahan pokok frangipani tu ada 3 cabang tapi satu cabang patah sebab anak main lompat2 kat celah pokok tu! Tapi tak lama lepas tu dalam lebih kurang 4 bulan lepas tu alhamdulillah dah menunjukkan tanda nak berbunga dan sebulan lebih lepas tu cabang kedua pulak berbunga.. Cabang yang patah tu aku cacakkan ke tanah bawah pokok doa aku tu.. tak lama lepas tu tengok2 cabang tu pun berbunga juga.. sungguh tak sangka..