Minggu lepas, Adik ipar aku dan suaminya telah bertandang ke rumah kami. Kebetulan kami tidak kemana hari tu dan mereka pun mengajak kami pergi berkelah di air terjun. Maklumlah kawasan tempat tinggal kami memang kaya dengan kawasan perkelahan yang popular seperti air terjun Sungai Chiling di Kuala Kubu Baru, Kawasan Perkelahan Sungai Tua dan banyak lagi.
Cuaca baik dengan matahari naik dengan cantiknya diwaktu pagi. Isteriku menyediakan makanan yang akan dibawa nanti. Kami telah membuat keputusan untuk pergi ke Sungai Pinang di Batang Kali kerana lokasinya paling dekat dan pada kebiasaannya orang pun tak ramai sangat yang datang kesini. Tak ramai
yang tau kot..
Kami bertolak selepas Zuhur. Cuaca masa tu redup, macam nak hujan tapi tak mematahkan semangat kami. Lagipun aku dan keluarga pun dah lama tak datang ke sini, yang terakhir mungkin dalam dua tahun lepas.
*****
Sungai Pinang terletak diantara Batang Kali dan Genting Highland. Memandu kereta dari Batang Kali mengambil masa dalam 15 minit. Kalau dari KL dalam satu jam sampai. Kalau anda terfikir nak berkelah di kawasan sungai nanti boleh lah pergi kat sini sebagai satu alternatif daripada kawasan perkelahan yang lain yang selalunya memang ramai sangat orang yang berkunjung sampai nak parking pun susah. Bolehlah sekali sekala bersiar-siar menghirup udara nyaman, kalau nak pergi Genting Highland pun dah tak jauh dah ke Genting Skyway. Kalau nak balik boleh juga ikut Genting turun ke Genting Sempah dan terus turun ke Karak Highway. Mana tau nak singgah Bukit Tinggi pula.
*****
Sampai disana kami terus mencari port yang sesuai. Semasa sedang berendam rakan isteri pun sampai dan join kami. Alhamdulillah cuaca hari tu cantik dan orang pun tak ramai. Pukul 5 lebih masa nak balik tu baru terasa renyai-renyai.
wah, menarik
ReplyDelete