Wednesday, December 29, 2010
Potongan Gaji PTPTN - Anda Tak Boleh Lari
Hari ini saya memandu pulang ke rumah sambil mendengar siaran di radio Bernama 93.9. Tajuk yang dibincangkan adalah tentang langkah kerajaan untuk mengenalkan potongan gaji automatik kepada peminjam-peminjam PTPTN yang di tugaskan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Salah seorang pendengar yang saya lupa namanya telah menyarankan supaya kelayakan pengecualian pembayaran di berikan juga kepada siswa-siswazah yang memperoleh keputusan kelas kedua. Tambahnya pula kadar 'admin charge' yang dikenakan pula agak tinggi, sehinggakan rata-rata peminjam merasakan yang pinjaman tu tak akan habis selamanya!
Seorang lagi pendengar, Mr. Khor telah mengutarakan pandangan supaya kerajaan atau pihak yang berkenaan supaya tidak mengambil tahu tentang mendapatkan kembali bayaran pinjaman sahaja, tetapi haruslah juga membuat sedikit kajian tentang adakah semua lepasan IPTA atau IPTS ini memperolehi kerja? Umum tahu yang masih lagi ramai lepasan universiti ini yang masih menghadapi kesukaran mendapatkan kerja.
Saya sokong juga pendapat Mr. Khor ni, tak dinafikan jasa PTPTN kepada rakyat Malaysia memang lah besar, tetapi haruslah juga dibuat kajian tentang kebolehan lepasan universiti mendapatkan kerja dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu golongan ini dan seterusnya menimbulkan situasi menang-menang (win-win situation).
Apabila kita memandang dari sudut perancangan kewangan pula, para pelajar ini haruslah bersikap pro-aktif untuk melangsaikan hutang-hutang sebegini secepat yang mungkin. Ini kerana kepada yang celik perancangan kewangan, mereka tahu yang kadar penalti yang dikenakan akibat lambat bayar akan menyebabkan jumlah hutang akan melambung dan akan menyebabkan duit mereka keluar berlebihan.
Jikalau mereka menghadapi situasi dimana menghadapi masalah untuk membayar semula, boleh lah menghubungi pihak yang berkenaan untuk memberitahu situasi semasa dan ianya juga menunjukkan komitmen untuk pelangsaian hutang tersebut.
Sama juga kepada pinjaman-pinjaman kecil yang lain, semakin cepat kita langsaikan lagi bagus. Kalau kita sentiasa menjaga rekod pembayaran pinjaman, ianya akan menyumbang secara positif terhadap 'credit score" seterusnya boleh menjadi medium yang berkuasa memberikan kita peluang-peluang menambah portfolio pelaburan.
Badan seperti AKPK bagi saya telah menjalankan tugas yang baik dalam memberi kaunseling dalam perancangan dan pengurusan kewangan. Saranan saya kenapa tunggu sampai ke tahap peminjam menghadapi masalah barulah mahu diberi kaunseling? Kenapa tidak ianya di berikan kepada golongan muda seperti lepasan universiti atau lepasan sekolah? Ini saya fikir lebih bermanfaat kepada mereka sebagai bekalan ilmu yang penting sebelum mereka masuk ke alam pekerjaan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment