Tuesday, September 13, 2011

Buah Naga (Dragon Fruit)

Anda pernah tengok pokok buah naga tak? Mesti biasa tengok kan?





Tapi biasa tak tengok yang dok hidup kat tiang telefon?






Ha.. yang ni ada kat depan rumah aku..



Rasanya sebab ni lah diorang namakan pokok ni 'pokok naga' ye..


Pokok ni asalnya uncle sebelah rumah aku yang tanam depan rumah dia. Adala dalam 3-4 pokok. Ada satu pokok yang dah banyak cabang sampai patah tiang nya. Lama-lama terbiar dan satu hari ada seorang auntie datang kasi tebang sama itu pokok, adalah satu batang/cabang yang terbiar atas tanah. Aku pun ambil la cabang tu tadi letak kat sebelah tiang telefon depan rumah aku. Last-last tak sangka pulak dia boleh hidup sampai la ke hari ini.

Yang ni abang dia..


Baru tadi aku tengok buah dia..



..dah masak cantik dah.. hurmm.. macam mana nak ambil ni ye? nak kena cari galah la pulak.. tak pun kena panggil orang telekom ke? he he..

*******************


Buah naga atau pun nama asalnya Pitaya / Pitahaya adalah dari spesis kaktus. Lebih dikenali sebagai dragon fruit di benua asia, berasal dari Mexico, Amerika tengah dan Amerika Selatan. Sekarang ianya boleh dijumpai di Indonesia, Malaysia, Vietnam, China dll. Ianya boleh dimakan dengan memotong dan dimakan isinya. Bunganya dikatakan hanya kembang diwaktu malam. Ianya juga enak jika dibuat jus.





Pasar Isnin Machang (Pasar Sena)

Waktu menunjukkan pukul 11.00 pagi. Alhamdulillah cuaca hari ini mendung, kalau tidak payah juga berjalan dalam keadaan panas terik. Maklumlah hari ini masih lagi dalam bulan ramadan, lagi dua hari lagi ke bulan Syawal. Tahun ini saya mengambil cuti sebelum raya, tahun ini giliran beraya di rumah ibu mertua di Machang, Kelantan. Hari ini hari Isnin, memang kalau bercuti jatuh pada hari Isnin di Machang saya tidak akan melepaskan peluang pergi bersiar-siar ke pekan Machang kerana setiap hari Isnin terdapat pasar pagi di tengah pekan Machang. Orang tempatan memanggilnya pasar Sena (Isnin).




Pada kebiasaannya keadaan di pekan Machang pada pagi Isnin memanglah sibuk, tetapi hari ini bertambah sibuk mungkin kerana dua hari lagi akan menyambut Raya Aidilfitri. Ramai orang mengambil kesempatan untuk membeli belah pada saat akhir untuk persiapan hari raya, tak kurang juga yang mula membeli barang basah untuk menyediakan juadah hari raya. Tujuan saya sahaja meronda-ronda menyaksikan kemeriahan di pasar ini. Nasib baik pula cuaca tak panas maka tiadalah rasa letih sangat dalam bulan puasa ni. Saya amat tertarik dengan pasar Sena ni kerana ianya besar dan macam-macam barang yang boleh dibeli. Saya mengagak mungkin pada bulan puasa gerai-gerainya kurang oleh kerana gerai-gerai makanan mesti tidak dibuka, tetapi sangkaan saya meleset kerana ternyata ianya lebih meriah dengan gerai-gerai baju, kasut, buah-buahan, barang antik dan macam-macam lagi, tak kalah dengan pasar Jalan TAR kata saya dalam hati. Kalau nak berjalan habis pun letih juga. Sebelum pulang saya pun singgah sebentar di Pasar Machang membeli keropok untuk dibawa pulang ke rumah nanti.






Pasar Sena Machang di buka pada setiap hari Isnin jam 7.00 pagi hingga ke 1.00 petang. Machang pula terletak di jalan Kuala Krai - Kota Bharu dan jalan Grik-Pasir Puteh. Ianya terletak tengah pekan/bandar Machang di jalan menuju ke UITM Machang. Lokasinya berdekatan berhampiran dengan Pasar Besar Machang; salah satu lokasi menarik untuk dikunjungi. Pelbagai hasil makanan keluaran tempatan seperti keropok lekor, ikan kering, keropok keping dan macam-macam lagi pada harga yang berpatutan. Terdapat juga kelas agama yang diadakan di Masjid Machang untuk kaum-kaum ibu pada hari yang sama.  Pada sebelah malamnya pula terdapat pasar malam yang dibuka di lokasi yang sama yang kebanyakan gerainya menjual makanan-makanan pantai timur yang menarik dan lazat.